SALINDAH.com |
Hanya yang terbaik untuk ibu hamil |
|
[Muka depan] [Kelebihan] [Penggunaan] [Testimoni] [Harga] [Pesanan] [Rencana-rencana] |
Waspada
bahaya ubat semasa hamil |
Mohamed Izham Mohamed
Ibrahim, PhD (PUSAT RACUN NEGARA)
Kerap kali orang ramai
tidak sedari bahawa kebanyakan ubat yang diambil semasa hamil akan mempengaruhi
kesihatan bayi yang dikandung (janin). Tragedi dramatik ubat talidomida (Synovirâ)
dipasarkan apabila ia didapati selamat digunakan sebagai ubat tidur atau ubat
penenang. Ibu-ibu mengandung telah menggunakan ubat tersebut tanpa memberi kesan
mudarat pada diri mereka. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada bayi yang
telah dilahirkan mengalami kecacatan yang teruk pada bahagian lengan dan kaki.
Lebih daripada 10,000 kanak-kanak telah menerima padah akibat penggunaan ubat
talidomida oleh ibu mereka.
Para saintis dan
profesional kesihatan mula prihatin sejak tragedi tersebut. Banyak kajian yang
telah dilakukan bagi mengesan kesan mudarat ubat terhadap janin. Ubat-ubat yang
dikaji termasuklah ubat preskripsi, tanpa preskripsi dan dadah-dadah merbahaya.
Malangnya, maklumat saintifik sukar didapati kerana penyelidik tidak boleh
menguji ubat-ubat ke atas ibu yang sedang mengandung. Pemberian ubat ujian
kepada ibu mengandung dianggap tidak beretika kerana ia boleh membawa risiko
yang tinggi kepada ibu serta janin. Kajian secara tidak langsung telah digunakan
untuk mengenalpasti kesan ubat ke atas haiwan hamil, atau secara soal selidik.
Walaupun terdapat
masalah dalam mengenalpasti kesan ubat secara tepat, banyak penemuan berkaitan
kemudaratan ubat terhadap janin dan bayi didapati. Sesetengah ubat boleh
dikaitkan dengan kecacatan bayi atau boleh merencat atau melambatkan pertumbuhan
fizikal kanak-kanak tersebut. Ubat-ubat ini dikenali sebagai
"teratogen". Contoh-contoh teratogen ialah ubat kanser, antibiotik,
dan ramuan alkohol. Kesan teratogen bergantung kepada jumlah yang diambil oleh
ibu dan masa yang diambil semasa hamil. Secara umumnya, risiko buruk terhadap
janin meningkat apabila jumlah yang diambil dan kekerapan pengambilan meningkat.
Oleh itu, ubat harus diberikan kepada ibu hamil (hanya jika perlu) dan dalam
jumlah (dos) yang paling kecil.
Kemudaratan ubat ke
atas bayi juga bergantung kepada waktu pengambilan dalam tempoh 9 bulan semasa
hamil. Kebanyakan keganjilan atau kecacatan yang berlaku kepada janin berlaku
dalam tempoh tiga bulan pertama semasa mengandung. Kadangkala ia berlaku kerana
si ibu tidak sedar bahawa dia telah mengandung. Keguguran boleh berlaku jika
bahan teratogen diambil dalam tempoh 2 - 3 minggu hamil. Pendedahan kepada
teratogen dalam minggu 5 - 6 boleh mengakibatkan kecacatan kepada bayi kerana
dalam tempoh ini janin sedang mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan yang
kritikal dari segi organ, anggota dan struktur tubuh yang lain. Mulai minggu ke
8 hinggalah kelahiran, bayi melalui tempoh tumbesaran yang penting. Sistem organ
dan tubuh terus membesar. Teratogen yang diambil dalam tempoh ini boleh
menyebabkan keguguran atau bayi dilahirkan 'tidak cukup bulan'. Bayi yang
dilahirkan akan bersaiz kecil daripada saiz normal. Ubat-ubat ini boleh juga
merencat otak bayi, dan kesannya hanya dapat dilihat semasa bayi tersebut mula
membesar mencapai tahap kanak-kanak. Ia turut menjejaskan pembelajaran dan
tingkahlaku kanak-kanak tersebut.
Kemudaratan ubat atau
teratogen boleh menjadi teruk jika ibu yang mengambil ubat tersebut telah
berumur (tua), kekurangan zat makanan, sedang mengalami penyakit atau sering
dalam keadaan tertekan.
Kategori antarabangsa
tahap bahaya ubat-ubatan kepada janin adalah seperti berikut:
Kategori A
- ubat selamat digunakan semasa hamil. |
|
Kategori B
- ubat masih selamat digunakan pada manusia walaupun keputusan kajian ke
atas haiwan masih tidak jelas. |
|
Kategori C
- ubat memberi kesan kepada janin tanpa menyebabkan kecacatan. |
|
Kategori D
- ubat yang telah atau dijangka akan memberi kesan mudarat dan kecacatan
kepada janin dan bayi. |
|
Kategori X
- ubat yang berisiko tinggi dan menyebabkan kecacatan kepada |
Langkah terbaik bagi ibu hamil ialah berbincang dan memberitahu kepada doktor atau pegawai farmasi tentang penggunaan ubat serta gaya hidup mereka jika mereka seorang perokok, peminum alkohol ataupun penagih.