SALINDAH .com |
Hanya yang terbaik untuk ibu hamil |
|
[Kelebihan] [Penggunaan] [Testimoni] [Harga] [Pesanan] [Rencana-rencana] |
Sembelit |
Sembelit berlaku bila :
anda susah membuang air besar, kerana sebab-sebab tertentu seperti najis terlalu keras |
|
anda jarang membuang air besar |
Ramai orang keliru bila dikatakan "jarang membuang air besar". Ini kerana setiap individu adalah berlainan. Ada orang yang membuang air besar sekali sehari, ada yang beberapa kali sahaja seminggu. Ramai yang beranggapan mereka mengalami sembelit, tetapi sebenarnya mereka tidak sembelit. Bagaimanapun, sembelit bolehlah dikatakan terjadi sekiranya anda pergi ke tandas kurang daripada tiga kali seminggu.
Sembelit bukanlah satu penyakit, tetapi ia hanyalah satu tanda penyakit (symptom). Orang yang sembelit juga selalunya merasa sakit perut dan mengalami angin (sendawa dan kentut).
Perempuan, budak kecil dan orang tua (melebihi 65 tahun) lebih kerap mengalami sembelit.
Sebab-sebab berlakunya sembelit
kurang fibre tetapi lebih makanan berlemak dan gula |
|
kurang minum air |
|
selalu menahan diri daripada membuang air besar |
|
kurang bersenam atau pergerakan, contohnya selepas kemalangan |
|
sebab-sebab emosional seperti tekanan perasaan |
|
berkaitan dengan hormon seperti mengandung dan datang haid. Bagi yang mengandung - hormon progesterone yang tinggi meregangkan otot-otot usus menyebabkan berlakunya sembelit. Di samping itu, janin yang menekan bahagian usus juga menyebabkan sembelit |
|
penyakit-penyakit seperti lupus, sclerosis, parkinson dan penyakit endocrine (kencing manis, hypothyroidism) |
|
ubat-ubatan seperti ubat narcotik seperti ubat batuk yang mengandungi codeine, diuretik, anti-histamine, anti-depressant, ubat gastrik yang mengandungi aluminium atau kalsium |
|
makanan tambahan seperti zat besi (iron supplement) |
|
irritable bowel syndrome / spastic colon (selalunya orang yang menghadapi masalah ini juga mengalami cirit-birit) |
|
penggunaan laxative (ubat sembelit) yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya sembelit. Ubat ini selalu digunakan oleh mereka yang ingin mengurangkan berat badan mereka. Contoh ubat ialah senna (Senokot) dan bisacodyl (Dulcolax) |
|
penyakit-penyakit usus seperti diverticulitis. Selalunya ia berlaku bersama-sama dengan demam dan sakit perut (bahagian bawah) |
|
untuk bayi - terdapat susu formula yang agak kuat. Ini menyebabkan berlakunya sembelit |
|
untuk orang tua - oto-otot perut dan usus menjadi semakin lemah bila usia meningkat. Di samping itu, orang tua juga selalunya kurang melakukan aktiviti seperti senaman |
Apa yang boleh anda lakukan
Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mengenalpasti sebab-sebab berlakunya sembelit. Antara perkara-perkara yang boleh anda lakukan ialah :
minum air yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ambil air lemon suam sebelum makan |
|||||||||
makan banyak buah-buahan (prune, epal, nanas, pisang dsb), sayur-sayuran dan essential fatty acids seperti kekacang dan ikan |
|||||||||
kurangkan kopi, teh, susu, makanan dari sumber susu dan makanan berlemak dari haiwan (saturated fats). |
|||||||||
tukar gaya hidup dengan melebihkan senaman. Senaman atau pergerakan badan akan menyebabkan pergerakan otot-otot usus anda |
|||||||||
Ambil ubat :
|
|||||||||
ambil vitamin C sekurang-kurangnya 1,000mg |
|||||||||
ambil mineral magnesium |
|||||||||
ambil bawang putih |
|||||||||
ambil acidophilus dan bakteria baik lain sebelum makan (bakteria baik - probiotik- yang banyak terdapat di dalam yogurt atau persediaan kapsul yang dijual di farmasi) |
|||||||||
antara herba yang digunakan selain daripada senna (lihat di atas) ialah cascara sagrada, sliperry elm, marshmellow dan peppermint |
Untuk mereka yang mengandung, jangan ambil ubat-ubatan termasuk ubat herba. Ada ubat-ubat herba ini menyebabkan kontraksi (contraction).