SALINDAH.com

Hanya yang terbaik untuk ibu hamil

  

[Muka depan]   [Kelebihan]   [Penggunaan]   [Testimoni]   [Harga]   [Pesanan]   [Rencana-rencana]

      

Masalah angin perut semasa mengandung

Masalah kejadian angin di dalam perut semasa mengandung adalah perkara biasa. Bila ini berlaku, anda akan merasa pedih ulu hati (hiatus hernia). Ini disebabkan oleh pengaliran cecair berasid dari dalam perut ke bahagian esophagus.

Kejadian ini selalunya menjadi semakin teruk bila usia kandungan meningkat. Walaupun begitu, ia tidaklah memberikan kesan buruk kepada bayi yang ada di dalam kandungan tersebut.

Bagi usia kandungan yang lebih daripada lima bulan, tekanan di dalam perut berlaku kerana pertumbuhan bayi yang semakin membesar. Tekanan (pressure) ini menyebabkan kandungan perut (cecair dsb) memasuki esophagus. Tambahan pula injap di antara perut dan esophagus (sphincter valve) yang selalunya menghalang perjalanan cecair dari perut ke esophagus ini tidak dapat berfungsi dengan cekap bagi wanita yang mengandung.

Apa yang boleh anda lakukan ?

Jangan ambil makanan dalam kuantiti yang banyak, terutamanya makanan yang digoreng atau yang banyak herba (spices).

Sekiranya anda merokok, cuba kurangkan atau berhenti terus.

Jangan membongkok atau baring selepas makan.

Jangan pakai pakaian untuk wanita mengandung (maternity girdles) yang ketat.

Sekiranya ia sering berlaku pada waktu malam, ambil segelas air sebelum tidur. Anda juga sebaik-baiknya tidur dengan menaikkan sedikit bahagian atas badan anda (contohnya dengan meletakkan bantal di bahagian belakang).

Sekiranya langkah-langkah di atas tidak juga berjaya, anda bolehlah mengambil antasid yang boleh diperolehi dari farmasi. Ia selamat digunakan untuk wanita yang